Tuesday, March 27, 2012

Perihatin dengan keselamatan setempat

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1702.

Dari Abu Syuraih r.a, Nabi saw. berkata: "Demi Allah, ia tidak beriman! Demi Allah, ia tidak beriman! Demi Allah, ia tidak beriman!" Orang bertanya: "Siapa itu, ya Rasulullah?" Rasul menjawab: "Orang yang kejahatannya tidak pernah memberi rasa aman kepada para tetangganya."


http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/


Tidak pernah memberi rasa aman kepada jiran tetangga, dengan kata lain tidak membuat tetangganya itu berasa selamat. Islam sangat mementingkan isu keselamatan, bukan sahaja keselamatan diri bahkan keselamatan tetangga (orang yang berada di sekeliling kita). Oleh itu, jika kita hendak melakukan sesuatu pastikan isu keselamatan menjadi agenda yang utama.

Tuesday, February 21, 2012

TERJUN

As-Salamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Blog ini saya dedikasikan buat diri saya sendiri. Sebagai pencetus semangat - kerana saya akan isikan dengan cerita-cerita yang penuh bersemangat - buat diri saya sepanjang pengajian saya di peringkat sarjana. Saya namakan blog ini MOSHRM kerana saya menyambung pengajian sarjana saya dalam bidang ini. MOSHRM adalah singkatan bagi Master of Occupational Safety and Health Risk Management. Oleh itu, pasti isinya akan banyak yang berkaitan dengan bidang tersebut.

Saya harap blog ini akan menjadi medan perbincangan yang baik bagi bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.