As-Salamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Blog ini saya dedikasikan buat diri saya sendiri. Sebagai pencetus semangat - kerana saya akan isikan dengan cerita-cerita yang penuh bersemangat - buat diri saya sepanjang pengajian saya di peringkat sarjana. Saya namakan blog ini MOSHRM kerana saya menyambung pengajian sarjana saya dalam bidang ini. MOSHRM adalah singkatan bagi Master of Occupational Safety and Health Risk Management. Oleh itu, pasti isinya akan banyak yang berkaitan dengan bidang tersebut.
Saya harap blog ini akan menjadi medan perbincangan yang baik bagi bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.